Tuesday, October 12, 2010

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.






Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.







Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???  Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.



Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.




Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?







Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.






Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu.. 

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...ana memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

Sunday, October 10, 2010

Kelas Terbuka 3 PPISMP KS 2010

fuh..alhamdulillah......akhirnye ana berpeluang untuk kembali berblogging.....nie adelah post ana yang ke-2...almaklumlah org bru dalam dunia blog nie.......

hari nie ana nak cakap pasal kelas terbuka kelas 3 PPISMP Pengajian Sosial IPG Kampus Sultan Mizan tempat ana belajar.....majlis tu memang meriah..ramai pensyarah datang...macam2 juadah disediakan oleh rakan-rakan sekelas..ade mee kari, sate ayam, kek keju, puding roti, n biskut2 pelbagai jenis...

Alhamdulillah.... pensyarah pun ramai yang sudi bertandang ke kelas ana ni..hanya dua orang saja pensyarah yang mengajar ana tidak sempat datang kerna terlibat dengan komitmen lain. iaitu En Ym dan En Jaafar...mmg sgt2 best...tgk la gmbo2 nie...layannn......

Pensyarah yang paling awal datang iaitu Encik Azmi (kanan) n Encik Anuar.....


Tutor ana iaitu Encik Norisin (berkopiah), Encik Satmi (berbaju biru) n Encik Khir (berbaju maron)...


Bersama pensyarah Jabatan Bahasa2, N Jabatan Ilmu Pendidikan...


Warga 3 PPISMP KS 2010!!!!!!!


Ana sedang menikmati mee kari...


Bergambar bersama-sama pensyarah Sains Politik @ Pendikir Terkenal iaitu Cikgu Sulizi...
(Dr kiri Aina, Mus, Amri (ana), En @ Cg Sulizi, Rasis, Shafiq n Munie)


Bersama Timb. KJ Bahasa2..
( lec BI paling lawak)
hahaahaha.....


With My Best Friends....





Roti keju...


Cheese Cake....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...