Saturday, November 27, 2010

Merpati 2 Sejoli

      Ikatan perkahwinan atau pernikahan menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah S.W.T. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
   






     Bila bercakap mengenai nikah, ana terasa ingin berkongsi penngalaman terlibat dengan satu majlis perkahwinan antara sepupu ana (Nani) dengan suaminya (Saufi). Majlis ini diadakan dengan cukup meriah. Seekor lembu n seekor kerbau telah ditumbangkan pada malamnya. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan seperti Nasi Minyak n Nasi Putih biasa berlaukkan daging lembu gulai, kerbau gulai, ikan baung masak tempoyak, ikan aye (ikan tongkol) masak asam pedas, acar timun, bubur kacang, cendol dan air sirap. Kesemua makanan tersebut habis...Alhamdulillah...Tidaklah membazir...






     Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Kg Merbau Patah Kuala Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh keluarga n sanak saudara kedua-dua mempelai. Majlis akad nikah dimulakan pada jam 10 pagi setelah ketibaan kedua-dua mempelai. Dengan sekali lafaz sahaja kedua-dua mempelai sah menjadi suami isteri dengan bersaksikan semua yang hadir.


     Kenduri ataupun walimatulurus diadakan selepas majlis akad nikah selesai dijalankan. Dianggarkan seramai 2000 hadirin telah hadir di dalam majlis tersebut. Antara kenamaan yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini iaitu Dun Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Yang Berhormat Haji Abdul Wahid Bin Endut. 




Di sini ana akan lampirkan beberapa keping lagi gambar untuk tatapan anta semua.....







Ana memegang kepala kerbau yang ditumbangkan...





Selesai akad nikah..





Pengantin lelaki mamakaikan gelang tangan...




Ayah ana sebagai saksi.......




Pelamin...




Ana join menyiang (memotong daging) pada malam sebelumya.....





Robongan pengantin lelaki sampai...






Ana menggaul ayam dengan kuah masak merah....





Soufi n Nani ~ <3




Antara tetamu yg memeriahkan majlis...




Hidangan untuk makan beradab...





Pelayan....




Minum cendol bersama adik slps selesai cuci pinggan...





Gerai cendol...




Sekian~~~


Tuesday, November 23, 2010

Persahabatan

     Persahabatan merupakan satu perkara yang penting di dlam kehidupan makhluk Allah yang bernama manusia. Ana pasti anta semua mempunyai sekurang-kurangnya kawan jika tidak mempunyai sahabat. Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Hal ini demikian kerana manusia dicipta dan dilahirkan untuk bersosial dan berkomunikasi sesama manusia selain mematuhi perintah Allah S.W.T. Jika sahabat tiada disisi tentu kita rasa bosan dan kesunyian bukan. Itulah yang ana rasakan sekarang. Selepas cuti semester bermula 17 November 2010 yang lalu, ana selalu teringatkan sahabat2 ana yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan bersama keluarga. Sebab inilah ana menulis mengenai persahabatan ditengah kesunyian tengah malam ini.




     Sahabat yang baik selalunya boleh menyimpan rahsia sahabatnya. Ini bermakna sahabatlah yang akan meminjamkan bahunya untuk kita letakkan kepala kita dikala kita sedih dan telinganya untuk mendengar masalah dan luahan hati kita. Sahabat yang baik akan menasihati kita dengan perkara-perkara yang baik dan selaras dengan ajaran Islam. Sahabat sejati juga akan sentiasa berada disamping kita sama ada ketika kita gembira mahupun menangis. Ini adalah merupakan tanda bahawa sahabat kita itu merupakan sahabat yang bersahabat dengan kita bukan kerana apa yang ada pada diri kita tetapi dia bersahabat dengan kita kerana Allah dan dia ikhlas untuk menjadi sahabat kita. Sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita akan selalu ingin mendapat maklumat mengenai sahabatnya ketika berjauhan. Ana juga mengalami perkara yang sama. Kita kan selalu teringatkan dia (sama macam kita teringatkan orang yang tersayang). 




     Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka  padanya (bukan sahaja dalam erti kata cinta) maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahkan sebuah erti persahabatan. Kadangkala salah faham yang kecil juga akan menimbulkan masalah kepada sesuatu hubungan persahabatan. Lebih parah lagi jika perasaan ini tidak diluahkan kepada sahabatnya. 








     Contoh yang saya leh kongsikan ialah 0n9 dalam FaceBook. tentu anda tertanya-tanya apa isunya, bukan????? Ade satu kes dimana seorang sahabat yang terasa hati dengan tindakan sahabatnya "mengofflinekan" fbnya apabila sahabatnya ini "mengonlinekan" fbnya dan ada kalanya si sahabat ini mengofflinekan fbnya hanye kepada sahabatnya. Hal ini diketahui apabila dia pergi ke bilik sahabatnya dan mendapati sahabatnya online. Perkara ini bukan berlaku sekali, tetapi berkali-kali. Si sahabatnya tertanya-tanya adakah dia ada melakukan kesilapan terhadap sahabatnya??? Adakah sahabatnya sudah tidak menyukainya??? Perkara ini bermain dimindanya. Bagi ana perkara ini boleh diselesaikan sekiranya 2 sahabat ini buat "slow talk" (perkataan inilah yg slalu digunakan oeh kawan ana iaitu Yana n Afaten ketika ana meminta pandangan mereka). 




      Malangnya, dia enggan kerana takut dan tidak mahu sahabatnya berfikiran serong terhadapnya. Sehingga kini masalah tersebut masih belum selesai. Kita tinggalkan kisah ini. Kita beralih kepada topik asal kita.  Sahabat yang sejati tidak akan menggunakan atau mempergunakan sahabatnya untuk kepentingan diri. Dia tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan yang ada pada diri sahabatnya. 


      Bukannya mudah untuk mencari sahabat yang sejati yang sanggup berada disamping kita dikala suka mahupun duka. Ana turut melampirkan satu sajak untuk sahabatku yang kini berada di samping keluarga tercinta (x perlulah ana sebutkan namanya). Bagi semua yang membaca blog ana ini, jadikanlah hasil penulisan ana yang tidak seberapa ini sebagai satu panduan yang mampu menjadikan anda seorang sahabat yang sejati. Insyaallah...



Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...

Ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala

Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...
Ertinya persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa

Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan



Wallahuaklam......

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah Bersamaan 17.11.2010

     Alhamdulillah...Aidiladha datang lagi..Ana bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada ana untuk menyambutnye sekali lagi tahun ini..Alahamdulillah...Sambutan raya tahun nie kurang meriah kerana tidak ramai ahli keluarga yang menyertai ibadah korban seperti selalu..Tahun ini hanya ayah n adik ana saja yang menyertai ibadah sunat ini..Tetapi ana dan keluarga tetap menyambutnye dalam kesyukuran...

    Majlis ini dijalankan berhampiran rumah ana...Alahmdulillah semuanya berjalan lancar...Disini ana ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua...


Debaran di malam raya...


Antara lembu yang akan dikorbankan...


Menunggu giliran...


Pembahagian daging kepda 7 bahagian....


Antara lembu yg ditumbangkan...


Kerja-kerja melapah...


"Bila la giliran ana nak sampai nie...???"


Lembu2 yg akan dikorbankan..


Kanak2ayik meyaksikan aktiviti melapah daging lembu...


Sebahagian lembu yg tinggal...


Lapah daging....


Sebahagian drp daging korban...


Perut lembu..Buat sup pun sodap..


Selamat Hari Raya Aidiladha...
Maaf Zahir n Batin..


Thursday, November 11, 2010

Ketabahan dan Pengorbanan Seorang Ibu..

     Ibu. Semua hidupan mempunyai ibu. Tak kira sama ada manusia mahupun haiwan, semuanya mempunyai ibu. Ibulah yang menjaga keperluan kita, ibu yang melindungi kita dan ibulah yang membesarkan kita. ibu telah banyak bekorban demi anak-anaknya yang tercinta.

     Antara pengorbanan ibu ialah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Bayangkan selama 9 bulan 10 hari ibu kita membawa kadungan ke mana sahaja beliau pergi tanpa rasa terbeban, menyesal dan sebagainya. Bayangkan, adakah kita mampu untuk melakukannya????? Cuba kita membawa benda atau beban yang sama beratnya dengan kandungan yang dibawa oleh si ibu. Contohnya kita menggalas batu bata...setiap batu bata  mewakili satu bulan, jadi kita harus membawa 9 batu bata kemana sahaja kita pergi. Adakah kita mampu melakukannya???? Ana yakin jawapannya tidak, terutamanya bagi kaum Adam yg tidak akan merasa bagaimana mengandungkan kandungan selama 9 bulan 10 hari.

      Ibu juga banyak bekorban untuk memastikan keselesaan dan keselamatan anaknya terjaga. Bagi mereka yang mempunyai adik yang masih bayi, perhatikan apa yang ibu anta semua lakukan terhadap adik anda. Ana juga telah melakukan perkara yang sama dan tenyata hati ana telah tersentuh dengan apa yang telah dilakukannya. Ibu ana sentiasa berda dekat dengan adik ana hanya untuk memastikan keselesaan dan keselamatan adik ana. Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap pada tubuh anaknya. Bahkan jika adik ana menangis di tengah malam, ibu ana bangun dikala orang lain sedang nyeyak dibuai mimpi. Sungguh besar pengorbanan ibu. Ibu tidak mengenal erti penat dan letih hanya untuk anaknya yang dikasihi. 

      Disini ana juga ingin berkongsi berdasarkan pengalaman ana sendiri. Sewaktu berumur 12 tahun, tangan ana telah patah. Ibu ana menjaga ana siang dan malam. Sewaktu ana dimasukkan ke wad kecemasan, ibu tidak dapat duduk diam. Beliau merasa resah dan takut. Beliau melakukan solat hajat, berdoa dan membaca Al-Quran bagi meringankan penderitaan yang ana alami  dengan barakah ayat-ayat suci dengan keizinan Allah. Ana berada di wad berkenaan hanya untuk beberapa jam dan kira-kira jam 3 pagi, ayah ana meminta kebenaran doktor untuk membawa ana pulang kerana ibu ana amat risau akan keadaan ana. Selagi tidak dapat melihat keadaan ana, Ibu tidak mahu makan mahupun minum walaupun disuruh nenek. Hatinya tidak tenteram selagi tidak melihat keadaan anaknya.Semua ini ana ketahui daripada ayah dan adik ana. Setelah berada di rumah, ibu menjaga ana dengan penuh kasih sayang. Setiap sentuhannya seperti berkata "jangan risau, Along (nama timangan ana) akan sembuh". Inilah yang memberi kekuatan kepada ana untuk sembuh. Alhamdulillah selepas beberapa bulan ana sembuh sepenuhnya.

      Ibu ana sekali lagi diuji oleh Allah apabila adik ana ditimpa kemalangan apabila adik ana dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang menunggang motosikal tahun lalu. Beliau dilanggar dari arah hadapan. Adik ana koma hampir 24 jam. Keadaannya agak teruk dan doktor mengesahkan ada pembentukan darah beku pada bahagian belakang kepala dan doktor menyatakan adik ana perlu dibedah dengan segera. Namun ibu ana tidak mebenarkannya kerana impak dan peratus kejayaan pembedahan amat tipis. Doktor berkata sekiranya beliau masih tidak sedarkan diri,  pembedahan harus segera dilakukan. Ibu ana hanya mampu berdoa agar adik ana cepat sedar daripada koma dan pulih seperti sediakala. 

       Dengan berkat doa ibu yang beserta linangan air mata, maka Allah telah mengabulkan doa ibu. Adik ana sedar juga akhirnya dan doktor telah memberi pilihan lain selain pembedahan untuk membuang darah beku yang ada di dalam kepala adik ana. Dia dikehendaki memakan beberapa jenis ubat yang ana ingat hampir sepuluh biji harus dimakan setiap hari. Ibu ana kemudian diuji lagi apabila adik ana tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak bercakap serta tidak mengenali beberapa orang ahli keluarga dan rakan-rakannya serta tidak boleh berjalan mahupun berdiri. Dia hanya memandang dan diam. Luluh hati ana dan berderai air mata ana setiap kali melihat air mata ibu ana bergenang apabila ibu melihat keadaan adik. Ana amat kagum dengan ketabahan ibu ana mengurus makan pakai adik ana yang terlantar diatas tilam. Sepanjang tempoh adik ana sakit, berat badan ibu ana menyusut kerana dia tidak lalu makan dan ibu tidak mampu melakukan kerja rumah yang berat kerana kekurangan tenaga. Dengan berkat doa ibu, akhirnya adik beransur-ansur sembuh dan kini setelah setahun peristiwa itu berlaku, adik ana telah pulih sepenuhnya. Semuanya dengan berkat doa dan pengorbanan seorang ibu. 

      Kesimpulannya, hargailah ibu anda selagi mereka masih bernyawa kerana mereka telah banyak berkorban demi anda semua. Sayangilah mereka seperti mana mereka telah menyayangi kita, dan inagtlah seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.  

Saturday, November 6, 2010

Majlis Aqiqah Luqman Hafiz

     Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan kehendakNya maka sempurnalah majlis aqiqah yg diadakan hari ini iaitu pada hari Sabtu, 6.11.2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431 Hijrah. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dengan kelahiran ahli baru dalam keluarga besar Haji Aziz Bin Mohamad.



     Seperti yang dituntut oleh syarak, majlis aqiqah merupakan satu ibadat yg dikategorikan sebagai sunat muakkad kepada mereka yang berkemampuan. Bagi bayi lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing @ 2 bahagian drp 7 bahagian lembu, kerbau @ unta...Manakala bagi bayi perempuan pula, 1 bahagian daging @ seekor kambing. Binatang2 ini hendaklah cukup umurnya..




     Untuk majlis kali ini, biri2 telah menjdi pilihan...ape2 pun, majlis nie memang meriah...disini ana sertakan beberapa keping gambar sepanjang aktivi gotong royong menyembelih dan melapah daging bebiri yang dilakukan di rumah ana....



Luqman Hafiz Bin Abdul Rahman



Ana bersama dengan biri-biri yg bakal ditumbangkan...



Encem x saye....








Inilah wajah sebenar sye...











Biri2 putih : Inilah hari terakhir kita bersama...
Biri2 Perang : Bye2...











         Sebelum.......                                                            


Biri-biri digantung untuk memudahkan kerja melapah...




 


Selepas...




Wednesday, November 3, 2010

Tanda-Tanda Sakhratul Maut...

Assalamualaikum....Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera....... Alhamdulillah... Syukur ana kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, dapat ana kembali menulis pada blog ini...Hari nie ana nak kongsi apa yg telah ana dapat sewaktu menghadiri kuliah maghrib di Masjid Jamek Pengadang Baru beberapa minggu lepas...Ianye berkisar mengenai tanda-tanda sebelum kedatangan ajal... Sama-samalah lah kita renungkan...





TANDA PERTAMA

Tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contoh yang paling senang ialah seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak sedar akan tanda ini atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan terasa seperti berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Ketika ini, denyutan di bahagian tengah dahi kita akan dapat dirasai iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Selepas waktu Asar kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dan ia menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat untuk kita bersama....
Wallah Huaklam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...