Wednesday, December 29, 2010

My Mom`s Turkey Beriani...

Hari nie mak ana masak menu special iaitu beriani ayam belanda...Ana pasti mungkin antum semua tertanya-tanya, adakah orang buat nasi beriani berlaukkan ayam...Bagi ana, memang ana x pernah jumpa lagi kat mana-mana restoran..tapi bagi keluarga ana...ia adalah perkara biasa... Ayam belanda ini adalah lebihan daripada ayam-ayam ana yang telah dijual ana jual semalam...jadi selepas subuh tadi ana membantu ayah ana menyembelih ayam tersebut untuk dijadikan hidangan kami sekeluarga....Bila siap..ape lagi..kami makan la...



Inilah ayam belanda tu....


Selepas dicabut bulu....


Sedang membersihkan ayam di ruang belakang rumah...


Yum3 ~ ~ ~ Beriani Ayam Belanda...<3<3<3


Wallahuaklam....

Tuesday, December 28, 2010

Fenomena Coupling Dalam Kalangan Mahasiswa (Antara Cinta Dan Ilmu)....

Coupling..Ana cukup yakin yang antum semua "familiar" ataupun biasa dengan perkataan ini bukan???? Mungkin ada antara antum semua telah dan sedang mengalami fenomena ini...Dan mugkin ada antara antum yang mungkin berada pada situasi yang sama dengan ana iaitu "still single" mungkin bakal mengalami fenomena ini...Jadi artikel ini ana lahirkan untuk tatapan semua sama ada yang sedang hangat bercinta, baru putus cinta dan yang akan bercinta...Artikel ini fleksibel da universal...

Fenomena bercouple ataupun lebih dikenali dengan perkataan couple ataupun berkasih merupakan satu fenomena hangat yang sedang melanda remaja pada masa kini terutamanya remaja Malaysia...Fenomena yang dianggap satu fenomena yang bertentangan dengan budaya timur yang diamalkan di negara ini pada suatu ketika dulu kini dianggap sebagai fenomena biasa yang tidak perlu dibimbangkan....Sebenarnye bercouple ini ada kontra dan kontrasnya..Ada baik dan buruk...Kali ini ana hendak sentuh menganai coupling dalam konteks remaja yang sedang menuntut di IPT..x kira sama ada IPTA ataupun IPTS....atau dalam bahasa yang lebih mudah golongan siswa dan siswi...

Siswa dan siswi masa kini amat cenderung untuk mempunyai pasangan setekah mereka menjejakkan kaki ke IPT...Malah ianya dianggap sebagai satu kemestian bagi setiap mahasiswa untuk mempunyai pasangan..Jika ada dalam kalangan siswa dan siswi yang masih belum berteman maka mereka akan diberi pelbagai jolokan dengan tujuan untuk memalukan serta memperkecilkan golongan yang masih single...Antara jolokan yang biasa kedengaran adalah surat khabar lama, tidak cool, ketinggalan zaman dan sebagainya...Masyarakat pula tertanya-tanya adakah fenomena ini penting benarkan budaya ini sehingga mahasiswa mengagung-agungkan budaya ini tau mereka hanya tidak mahu dicop sebagai "TIDAK LAKU". Mungkin antum ada jawapannya...
Masyarakat turut mempersoalkan sama ada budaya ini apkah kesan coupling terhadap mahasiswa????Adakah ia mendorong kepada kejayaan??????Adakah ia mendorong kepada keburukkan??????

Bagi Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  Dr Mastura Badzis, adalah sukar untuk menangkis budaya berpacaran dalam kalangan mahasiswa kerana golongan tersebut sudah mengangapnya sebagai suatu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading. Menurutnya, penularan budaya ini sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebgai satu gaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya masyarakat boleh menerima kehadiran budaya ini dalam masyarakat...Disebabkan alasan inilah budaya berpacaran semakin berkembang bak cendawan tumbuh selepas huajn dan ia semakin sukar dihapuskan daripada amalan kehidupan seharian masyarakat...

Mereka takut ditempelak oleh rakan-rakan mereka kerana tidak mempunya pasangan.. Tetapi mereka lupa jalan yang mereka pilih mempunyai risiko dan cabaran yang besar yang belum pasti mapu diharungi... Mereka seolah-olah berlumba-lumba mencari pasangan untuk membuktikan mereka telah dewasa...Bagi ana apa yang lebih penting harus diutamakan...Pada pandangan ana Ilmu lebih penting daripada kekasih... Kekasih masih belum tentu menjamin masa depan kita....tetapi......Ilmu semestinya menjamin masa depan si pemiliknya...Jadi antumlah yang menentukan sama ada antum memilih kekasih mahupun ilmu...Kalau antum memilih kekasih mungkin antum akan mendapat kesan positif dan negatif...tetapi kalau antum memilih ilmu nescaya ia hanya akan membawa kepada kebaikan...Insyaallah..

P/S : Kita berhak untuk bercinta...akan tetapi pastikan percintaan anda mampu membawa anada kepada kemajuan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup..dan jadikanlah setiap kejayaan yang diperolehi sebagai satu titik permulaan untuk lebih berjaya...Jangan jadikan ia sebagai satu noktah untuk kita mendabik dada...Fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal....Anda Buat...Anda Dapat...

Waallahuaklam....

Saturday, December 18, 2010

Ajok Penganting Makang Rrumoh....


Hahaha...Tentu ramai yang merasa pelik dengan tajuk post ana kali ni...Sebenarnya hari nie ana just nak ceritakan apa yang berlaku di rumah ana pada tanggal 17 Disember 2010 iaitu hari Jumaat...




Apa yang anak maksudkan dengan ajok pengantin makang rrumoh adalah istilah ataupun ungkapan yang sering digunakan oleh ahli dan kerabat keluarga ana yang membawa maksud mengajak pengantin makan nasi di rumah. Ianya telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kami apabila berlaku satu perkahwinan, setiap ahli keluarga terdekat akan mengundang pasangan pengatin baru itu untuk diraikan di rumah masing-masing. Majlis ini diibaratkan sebagai kenduri kesyukuran yang dianggap serampang 2 mata iaitu untuk meraiakan perkahwinan pasangan mempelai dan berkenalan dengan lebih rapat dengan pendatang baru dalam keluarga kami...


Pada hari Jumaat tanggal  17 Disember 2010 family ana telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mengadakan kenduri ini. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..Antara hidangan yang dihidangkan adalah seperti nasi putih berlauk ikan patin masak asam pedas ataupun gulai daging, ikan kering, ikan goreng serta ikan singgang beserta sambal belacan. Manakala hidangan pencuci mulut pula ialah Agar-agar lumut (pandan), kek span ataupun kek gula hangus serta air teh dan sirap selain beberapa jenis buah seperti limau madu, limau mandrin, tembikai madu, epal n anggur...




Sepupu ana...

                         
Irham yang suka bergambar (Anak Sepupu)...


Sepupu dan ibu saudara ana yang hadir memeriahkan majlis....


My Big Family....


Irham bergambar bersama 2 ibu saudaranya n adik ana (hujung)...


Suasana sekitar majlis...


Selepas majlis selesai...


Smile... :)

Wednesday, December 15, 2010

kisah antara 2 sahabat..(last episod)

Hmmmmmmm.........
Entahla...sye x thu.....
melihat kepada situasi dan keadaan....
awak seolah-olah mengelakkan diri drp saya.....
sama seperti sebelumnya.....
x bls msj, chat dll.....sye terkilan....
tapi awk still kawan saya....saya x take note sangat....
kalau awak ade masalah just bagitau saya....
Insyaallah saya leh tolong.....
Or awak marah kat saya???????
Hmmmm.....mgkin....atau saya mengganggu masa happy awak dengan si dia????????
Banyak sangat yg bermain di fikiran saya....
Macam-macam.....saya x sanggup lagi.....

Saya nekad....
Saya amik keputusan utk deactivated fb saya....
Ramai yg call n mesej saya knp deactivated fb..
Sdngkan slalunye saye lah yg active on9....
Termasuk lah awak...awak pelik knp saye deactivated....
Saye cbe berdalih....saya bagi alasan yang sama seperti saya tulis dicini..
Tetapi saya x bagitau awak siapa orgnye.....
Sbb awaklah orgnye....
Saya banyak berdalih....
Hahaha....dapat dosa free je....
X pe la...skrng pun saya dh on fb saya balik slps 5 hari.....

Walaupun awk mgkin lupa akan saya...
Walaupun awk melukakan saya tanpa awk sendiri sedari....
Krn awak kotak suara saya rosak.....
Saya x ketawa n gembira mcm dlu lagi....
Saya menjadi seorang yg cpt marah......
Tpi kini sya sedar....
Mgkin saya x layak untuk jadi sahabat awak....
Awak perfect..
Tapi sya??????
Hanya seorang remaja lelaki biasa.....
Yang tiada kekacakan seperti awk...
X sebijak awak....
n x sebaik awak....

Tapi satu perkara saja...

Kalau boleh saya nak lupakan semuanya....
Saya x nak simpan semua nie....
sbb  kita  kawan bkan lawan....
Pahit getir telah kita harungi bersama.....
Saya nak lupakan semua permasalahan nie...
Saya tetap anggap awak sahabat saya.....
Saya tetap ingat awak di dlam hati n doa saya....
Tiap2 hari saya doakan kebahagiaan awak....
Hanya kerana 1 sebab....
Awaklah sahabat saya dunia n akhirat.....

P/S : Bersahabatlah kerana Allah. Nescaya kamu akan mendapat berkat, pahala dan keredhaan Allah S.W.T. DAN ingat jngan sesekali sakiti sahabat mu....Hargailah mereka selagi mereka masih ada disis kita.........
Anda Buat!!!!Anda Dapat... :)

Wallahuaklam.....

Thursday, December 9, 2010

kisah antara 2 sahabat.. (episod 2)

Saya suka berkawan dengan awak....
Kerana awak x sama seperti yang lain...
Awak x kisah dengan sikap saya yang kadang2 suka bercakap banyak...
Awak kata kita nie best friend....
Saya rasa gembira kerana saya x bertepuk sebelah tangan...
Bkan cinta...tapi persahabatan..
Maksud saya sangkaan saya benar...
Yang kita nie sahabat baik...alhamdulillah...sye betul2 bersyukur....
Saye simpan rahsia awk..
Awk simpan rahsia saye....
Alangkah indahnya dunia saya rasa....
Semuanya kerana saya nie still solo..
Kehadiran seorang yg bergelar sahabat telah menyerikan hidup saya....
X de la saye sunyi...

Tapi semua tu kisah dulu....
Kini, awk seolah-olah menjauhkan diri drp saya...
Knp awak buat begini?????
Apa yg telah saya lakukan??????
Ya Allah...adakah saya telah menyakiti awk???????
Bila saya bertnya sama ada saya menyakiti awk..
awk menjawab, x de la..awk ok la..awk baik...
tpi jawapan itu x selari dg tindakannya...
saya telah memerhati gerak-gerinya...
walaupun kami tinggal ditempat berbeza
saya pasti pasti ada sesuatu yg x kena...
x perlu la saya beritahu mcm mana saya memerhatikannya...
mgkin mulut awk boleh menipu..
tapi  saya dah lama knl awk...
tengok gerak geri pun saya dah bleh baca....
tpi saya x thu la knp...
mgkin awk x de niat nk buat mcmtu....
ade yg bagitau saya mgkin itu just perasaan saya je kot....
saya pun ade pikir...
mgkin just saya je piker bkan2...
tapi saya memang berharap ianya hanya mainan minda saya...

(nntikan sambungan kisah ini).....

Wednesday, December 8, 2010

Xtiviti ana ketika musim cuti semester....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur ana...slawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta sahabat handai baginda...Hari bnyk plak ana buat post...almaklumlah cuti sekolah a.k.a cuti semester IPG...bosan ckit duk umah..x thu nak buat ape..kalau dlu lain..ade jugak haiwan ternakan sekarang just tinggal beberapa jenis..dlu ade kambing, ayam n itik...kambing dh kene jual sbb ana nak maksud IPG...x de org nak jaga, jadi terpakse lah jual....ayam n itik plak kena curi...sehari sebelom pembeli nak datang amik...x de rezeki..nak buat macam mana kan...tapi ana geram jugak..kalau die curi beberapa ekor ana x kesah sangat..tapi dia curi sampai 100 ekor lebih dengan angsa2 ana sekali die bedal.....Subhanallah...sabo je la....Ai dah melalut dah ana nie...
hahaha...

Kali ni ana just nak kongsikan xtiviti ana sepanjang cuti semester....Cuti kali nie amat berbeza bagi ana kerana selalunya kami sekeluarga akn pergi bercuti..tapi tahun nie kami x pergi lagi sbb ayah ana mempunyai jadual yang padat..kerja melambak-lambak....kalau pergi pun mungkin pada pertengahan blan 12 nie...lokasinya mgkin bumi serambi Makkah iaitu Kelantan Darul Naim... over night kat sane 3 hari 2 malam...Insyaallah...

Sepanjang cuti nie ana banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam dan menternak beberapa spesies burung selain berfacebook, berblogging dan menghadiri program Bakti Siswa IPGKSM...Ana ada menanam kacang panjang jenis baru..Ianya bru beberapa bulan berada dipasaran..jenis nie x menjalar seperti pokok kacang panjang biasa..jadi reduce la ckit kosnye...ana juga ana tanam, nanas, serai, kunyit emas (sejenis tumbuhan herba), pisang, kangkung dan jagung...Ana juga giat menternak burung hiasan...sebenarnya inilah hobi ana sblm mask mktb...bela burung n haiwan lain..Ana ada membela burung budgi n burung merpati flight seerta merpati kampung selain kucing dan ikan arowana...

di sini ana lampirkan beberapa keping gambar utk tatapan antum semua...



Merpati Flight betina...



Merpati Flight jantan sedang mengeramkan telur....

Kacang Panjang...


Pisang Serendah.....



Nanas Madu....


Anak Pokok Jagung...


Serai...


Kunyit Emas...



Tebu..



Kangkung....


Kura2 di dalam parit di kebun....




Parit di sekitar tempat ana bercucuk tanam....



Merpati tempatan...



Burung Budgi (Gambar induk sebelah kiri) (Gambar anak sebelah kanan)


Bibi (siam + semi flat persian)


Bulat (tempatan)





 Kembang (semi flat )



Kelisa USA...



Banja Red Arowana...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...