Monday, December 5, 2011

Puasa Sunat Hari Asyura

Assalamualaikum......


Alhamdulillah....ana masih diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menulis pada hari ini. Dah masuk 9 muharam dah maghrib tadi. Selepas solat maghrib di masjid kg ana iaitu Masjid Kampung merbau Patah Kuala Terengganu, ana pulang ke rumah kerana tiada kuliah maghrib hari ini. Namun setelah berada dirumah ana dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengatakan masjid terbakar. Ana pun tanpa membuang masa trus menuju ke masjid. Ana dapati masjid msih berkeadaan baik dan yang terbakar hanyalah wayar elektrik pada tiang yang berada diperkarangan masjid. Tindakan pantas pihak bomba dan TNB telah berjaya mengelakkan api marak ke arah masjid. 

Aish dh lari tajuk ana nie...hahaha....ok berbalik kepada topik asal...
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Itulah serba sedikit mengenai Hari Asyura. Hari ini ana x nak berita panjang mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 muharam. Tapi ana hanya bercerita mengenai serba sedikit mengenai Puasa Sunat Hari Asyura.

Di sini ana lampirkan beberapa potong hadis mengenai Puasa Sunat Hari Asyura :


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Gambar suatu ketika dahulu ana n BFF ana (Kredit to Husna sbb edit gambat nie)

Sampai di sini dulu coretan ana pada kali ini. Semoga segala ilmu yang ana kongsikan mampu memberi manfaat kepada kita semua. Segala komen dan kritikan membina amatlah dialu-alukan. Segala yang baik datang daripada Allah, dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan ana sendiri. Wabillahitaufik, Wassalamualaikum wbt....
Wallahuaklam ~

7 comments:

Steady's Blog said...

Assalamualaikum w.b.t

tQ for sharing ye my pleasure...
marilah same2 kita berpuasa sunat,
moga mendapat Redha yang Maha Esa...

Visit my blog here : http://steady-ss.blogspot.com/

Steady's Blog said...

ss suggest amri bt post comment nie x pyh ade Word verification baru mesra pengguna sket...

mcm nie cara...Dashboard>Setting>Comment>

cari Comment Form Placement then tick dkt pop-up window...that all...tQ & Good Luck!

itis_aisyah said...

erm... apa plak kaitan dgn gmbar bff plak nie...>

AA Walker said...

SS : Waalaikumussalam w.b.t
my pleasure ~Insyaallah..jom puasa sunat esok...
thanxs 4 ur suggestion regarding cara penulisan tu...ana nie x brape reti berblogging... SS tolong la tunjuk ajar ana ye... shukran jazilan ya akhi sbb sudi komen n bagi pendapat... :)

AA Walker said...

itis_aisyah : ana saje je la selitkan gambar tu...terkenang gambar ana n dia mse ana chubby dlu..hahaha.... :P

itis_aisyah said...

ish3.. cmtulah plak... syukran atas info yg diberikan... ^_^

AA Walker said...

yup....mcm tu la..hehehe....Afwan ya ukhti.... (@_@)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...