Tuesday, December 28, 2010

Fenomena Coupling Dalam Kalangan Mahasiswa (Antara Cinta Dan Ilmu)....

Coupling..Ana cukup yakin yang antum semua "familiar" ataupun biasa dengan perkataan ini bukan???? Mungkin ada antara antum semua telah dan sedang mengalami fenomena ini...Dan mugkin ada antara antum yang mungkin berada pada situasi yang sama dengan ana iaitu "still single" mungkin bakal mengalami fenomena ini...Jadi artikel ini ana lahirkan untuk tatapan semua sama ada yang sedang hangat bercinta, baru putus cinta dan yang akan bercinta...Artikel ini fleksibel da universal...

Fenomena bercouple ataupun lebih dikenali dengan perkataan couple ataupun berkasih merupakan satu fenomena hangat yang sedang melanda remaja pada masa kini terutamanya remaja Malaysia...Fenomena yang dianggap satu fenomena yang bertentangan dengan budaya timur yang diamalkan di negara ini pada suatu ketika dulu kini dianggap sebagai fenomena biasa yang tidak perlu dibimbangkan....Sebenarnye bercouple ini ada kontra dan kontrasnya..Ada baik dan buruk...Kali ini ana hendak sentuh menganai coupling dalam konteks remaja yang sedang menuntut di IPT..x kira sama ada IPTA ataupun IPTS....atau dalam bahasa yang lebih mudah golongan siswa dan siswi...

Siswa dan siswi masa kini amat cenderung untuk mempunyai pasangan setekah mereka menjejakkan kaki ke IPT...Malah ianya dianggap sebagai satu kemestian bagi setiap mahasiswa untuk mempunyai pasangan..Jika ada dalam kalangan siswa dan siswi yang masih belum berteman maka mereka akan diberi pelbagai jolokan dengan tujuan untuk memalukan serta memperkecilkan golongan yang masih single...Antara jolokan yang biasa kedengaran adalah surat khabar lama, tidak cool, ketinggalan zaman dan sebagainya...Masyarakat pula tertanya-tanya adakah fenomena ini penting benarkan budaya ini sehingga mahasiswa mengagung-agungkan budaya ini tau mereka hanya tidak mahu dicop sebagai "TIDAK LAKU". Mungkin antum ada jawapannya...
Masyarakat turut mempersoalkan sama ada budaya ini apkah kesan coupling terhadap mahasiswa????Adakah ia mendorong kepada kejayaan??????Adakah ia mendorong kepada keburukkan??????

Bagi Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  Dr Mastura Badzis, adalah sukar untuk menangkis budaya berpacaran dalam kalangan mahasiswa kerana golongan tersebut sudah mengangapnya sebagai suatu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading. Menurutnya, penularan budaya ini sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebgai satu gaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya masyarakat boleh menerima kehadiran budaya ini dalam masyarakat...Disebabkan alasan inilah budaya berpacaran semakin berkembang bak cendawan tumbuh selepas huajn dan ia semakin sukar dihapuskan daripada amalan kehidupan seharian masyarakat...

Mereka takut ditempelak oleh rakan-rakan mereka kerana tidak mempunya pasangan.. Tetapi mereka lupa jalan yang mereka pilih mempunyai risiko dan cabaran yang besar yang belum pasti mapu diharungi... Mereka seolah-olah berlumba-lumba mencari pasangan untuk membuktikan mereka telah dewasa...Bagi ana apa yang lebih penting harus diutamakan...Pada pandangan ana Ilmu lebih penting daripada kekasih... Kekasih masih belum tentu menjamin masa depan kita....tetapi......Ilmu semestinya menjamin masa depan si pemiliknya...Jadi antumlah yang menentukan sama ada antum memilih kekasih mahupun ilmu...Kalau antum memilih kekasih mungkin antum akan mendapat kesan positif dan negatif...tetapi kalau antum memilih ilmu nescaya ia hanya akan membawa kepada kebaikan...Insyaallah..

P/S : Kita berhak untuk bercinta...akan tetapi pastikan percintaan anda mampu membawa anada kepada kemajuan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup..dan jadikanlah setiap kejayaan yang diperolehi sebagai satu titik permulaan untuk lebih berjaya...Jangan jadikan ia sebagai satu noktah untuk kita mendabik dada...Fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal....Anda Buat...Anda Dapat...

Waallahuaklam....

3 comments:

_cikna_ said...

ENTRY baik... jom singgah blog baru husna.. yg lme da nk ttup.

Unknown said...

jom terus berkongsi pendapat..^^,
tapi lebih baguskan jika bercinta selepas kawin

AA Walker said...

Husna : trime kasih...yg lame dh nak tutup???knp???By the way....Tq sbb undang ana ke blog bru... :)

Am : jom....lebih bagus bercinta selepas kawin???mgkin benar apa yg anti katekan sebab kebanyakkan yang bercinta selepas kawin kekal...n x semua yg bercinta sebelum kawin x kekal...ade yang kekal..bergantung kepada cara menguruskan rumah tangga...what do you think????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...