Assalamualaikum...dah lame ak x menulis di blog nie..hurm...post ak yg last adalah pada 26.2.2011...
Fuh agak lama..ada antara sahabat yg bertanya kenapa dh x menulis...tapi ak just diam...ada sesuatu yg menghalang ana menulis....x pe la..yang lepas biarlah lepas... bab kata omputih..lets bygone be gone....haha...x pe la..ak x nak mengenangkan perkara yang lepas......kehidupan harus diteruskan....
Pengalaman yang lepas telah mengajar ak erti kehidupan..mengajar ape itu erti persahabatan...apa itu kepimpinan....ape itu gain respect dan banyak lagi...
Tahun nie la merupakan pengalaman ak yang paling bnyk merubah hidup ak...
Tahun nielah ak jadi pendiam mcm mase ak kecik2 dlu...dekat satu sem ak jadi lain... ak kurang bercakap...ak diam..orang buat lawak pun ak x gelak..ak bnyk tdo dlm kls...ade gak la yg bertanya..kenapa ko jadi mcm nie??? tertekan dengan tugas ke??? Untuk pengetahuan korang ak ad la pegang beberapa jawatan kat IPGKSM...just jawatan kecik2 je...dalam JPP, ak exco penerbitan dan publisiti..dalam klas..ak ketua unit...n di kolej kediaman, ak setiausaha kolej kediaman..ak jadi mcm nie bkn kerana ak tertekan dengan tugasan..mmg benar kerja2 nie berat,...kadang2 pukul 12 tgh malam bru abis mesyuarat..tapi ad perkara lain yg mengganggu hidup ak..tapi sekarang...everything has back to normal...alhamdulillah...
2 hari lepas ak menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20...dah tue rupenyer..dah leh jadi bapak org...haha...trime kasih kepada semua yg wish kat fb n kat phone..semoga ukhuwah yang kita jalinkan akan membawa kita semua ke syurga....Insyaallah...Amin...
OK la..sampai disini dlu la cloteh AA WALKER untuk kali nie....x brape sihat..so x leh nk mengadap lappy lame2... Bye2 ~ Assalamualaikum...
Sunday, June 5, 2011
Sunday, February 27, 2011
Warkah Untuk Sahabat
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhuwah yg sejati..
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi atas jalinan suci ini....
Namun kini, aku terpaksa mengundur diri...
Kerana ak merasa tidak layak untuk bersahabat dengan mu...
Ak terpaksa menjauhkan diri....
Ak terpaksa menyindiri....
Semata-mata kerana hendak membuatkan kita jauh...
Tapi..
Dikau selalu ku ingati dalam doa kudusku...
Sepanjang waktu....
Ya Allah...
Kau berikanlah kebahagiaan kepada sahabatku....
Jika dia gembira..ak turut sama gembira...
Ya Allah...
Bantulah ak menghadapi semua ini...
Berikanlah aku hidayahMu..
Supaya aku mampu mendidik kesabaranku...
Untuk menghadapi dugaan ini...
Duhai sahabat...
Maafkanlah aku...
Aku tidak sesuai untuk menjadi sahabatmu....
Aku tidak pandai untuk membuatmu gembira......
Aku banyak menyusahkan daripada menyenangkan mu...
Maafkanlah aku atas segala kekhilafan ku selama ini....
Semoga kita berjumpa di syugra kelak....
Insyaallah....
Thursday, January 6, 2011
Doa Untuk Sahabatku~
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...
Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu
Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain...
AMIN...AMIN...
Ya Rabbalalamin..
AMIN...AMIN...
Ya Rabbalalamin..

Wednesday, December 29, 2010
My Mom`s Turkey Beriani...
Hari nie mak ana masak menu special iaitu beriani ayam belanda...Ana pasti mungkin antum semua tertanya-tanya, adakah orang buat nasi beriani berlaukkan ayam...Bagi ana, memang ana x pernah jumpa lagi kat mana-mana restoran..tapi bagi keluarga ana...ia adalah perkara biasa... Ayam belanda ini adalah lebihan daripada ayam-ayam ana yang telah dijual ana jual semalam...jadi selepas subuh tadi ana membantu ayah ana menyembelih ayam tersebut untuk dijadikan hidangan kami sekeluarga....Bila siap..ape lagi..kami makan la...
Inilah ayam belanda tu....
Selepas dicabut bulu....
Sedang membersihkan ayam di ruang belakang rumah...
Yum3 ~ ~ ~ Beriani Ayam Belanda...<3<3<3
Wallahuaklam....
Tuesday, December 28, 2010
Fenomena Coupling Dalam Kalangan Mahasiswa (Antara Cinta Dan Ilmu)....
Coupling..Ana cukup yakin yang antum semua "familiar" ataupun biasa dengan perkataan ini bukan???? Mungkin ada antara antum semua telah dan sedang mengalami fenomena ini...Dan mugkin ada antara antum yang mungkin berada pada situasi yang sama dengan ana iaitu "still single" mungkin bakal mengalami fenomena ini...Jadi artikel ini ana lahirkan untuk tatapan semua sama ada yang sedang hangat bercinta, baru putus cinta dan yang akan bercinta...Artikel ini fleksibel da universal...
Fenomena bercouple ataupun lebih dikenali dengan perkataan couple ataupun berkasih merupakan satu fenomena hangat yang sedang melanda remaja pada masa kini terutamanya remaja Malaysia...Fenomena yang dianggap satu fenomena yang bertentangan dengan budaya timur yang diamalkan di negara ini pada suatu ketika dulu kini dianggap sebagai fenomena biasa yang tidak perlu dibimbangkan....Sebenarnye bercouple ini ada kontra dan kontrasnya..Ada baik dan buruk...Kali ini ana hendak sentuh menganai coupling dalam konteks remaja yang sedang menuntut di IPT..x kira sama ada IPTA ataupun IPTS....atau dalam bahasa yang lebih mudah golongan siswa dan siswi...
Siswa dan siswi masa kini amat cenderung untuk mempunyai pasangan setekah mereka menjejakkan kaki ke IPT...Malah ianya dianggap sebagai satu kemestian bagi setiap mahasiswa untuk mempunyai pasangan..Jika ada dalam kalangan siswa dan siswi yang masih belum berteman maka mereka akan diberi pelbagai jolokan dengan tujuan untuk memalukan serta memperkecilkan golongan yang masih single...Antara jolokan yang biasa kedengaran adalah surat khabar lama, tidak cool, ketinggalan zaman dan sebagainya...Masyarakat pula tertanya-tanya adakah fenomena ini penting benarkan budaya ini sehingga mahasiswa mengagung-agungkan budaya ini tau mereka hanya tidak mahu dicop sebagai "TIDAK LAKU". Mungkin antum ada jawapannya...
Masyarakat turut mempersoalkan sama ada budaya ini apkah kesan coupling terhadap mahasiswa????Adakah ia mendorong kepada kejayaan??????Adakah ia mendorong kepada keburukkan??????
Bagi Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mastura Badzis, adalah sukar untuk menangkis budaya berpacaran dalam kalangan mahasiswa kerana golongan tersebut sudah mengangapnya sebagai suatu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading. Menurutnya, penularan budaya ini sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebgai satu gaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya masyarakat boleh menerima kehadiran budaya ini dalam masyarakat...Disebabkan alasan inilah budaya berpacaran semakin berkembang bak cendawan tumbuh selepas huajn dan ia semakin sukar dihapuskan daripada amalan kehidupan seharian masyarakat...
Mereka takut ditempelak oleh rakan-rakan mereka kerana tidak mempunya pasangan.. Tetapi mereka lupa jalan yang mereka pilih mempunyai risiko dan cabaran yang besar yang belum pasti mapu diharungi... Mereka seolah-olah berlumba-lumba mencari pasangan untuk membuktikan mereka telah dewasa...Bagi ana apa yang lebih penting harus diutamakan...Pada pandangan ana Ilmu lebih penting daripada kekasih... Kekasih masih belum tentu menjamin masa depan kita....tetapi......Ilmu semestinya menjamin masa depan si pemiliknya...Jadi antumlah yang menentukan sama ada antum memilih kekasih mahupun ilmu...Kalau antum memilih kekasih mungkin antum akan mendapat kesan positif dan negatif...tetapi kalau antum memilih ilmu nescaya ia hanya akan membawa kepada kebaikan...Insyaallah..
P/S : Kita berhak untuk bercinta...akan tetapi pastikan percintaan anda mampu membawa anada kepada kemajuan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup..dan jadikanlah setiap kejayaan yang diperolehi sebagai satu titik permulaan untuk lebih berjaya...Jangan jadikan ia sebagai satu noktah untuk kita mendabik dada...Fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal....Anda Buat...Anda Dapat...
Waallahuaklam....