Saturday, June 18, 2011

Kisah Persahabatan : ~ (Tidak Mahu Masuk Syurga Kerana Sahabat) ~




Sahabat… Inilah ungkapan yang ak dengar ketika khutbah Jumaat disampaikan oleh khatib siang tdi. Bila terdengar perkataan ini tadi, aku teringat sahabatku. Ramai antara mereka kini berada di menara gading. Bagi sahabat yang sama-sama menuntut di IPG, mereka sedang menghabiskan masa yang berbaki 2 hari lagi untuk  bersama dengan keluarga tercinta. Walaupun ketika cuti, aku sentiasa teringat kan sahabatku, tapi bagaimana pula dengan mereka???? Adakah mereka mengingati akan diriku???? Wallahuaklam...Hanya individu tersebut dan Allah yang mengetahuinya. Siapa antara pembaca sekalian yang masih belum ada sahabat? Jika masih belum ada, carilah seorang yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan anda. Tak rugi kerana bila ada sahabat yang baik, waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Sama seperti kisah yang aku akan sampaikan dalam penulisan ku kali ini iaitu mengenai persahabatan. Kisah ini pernah diceritakan sewaktu aku aku kecil lagi oleh ayahku yang tercinta, Azmi Bin Alias.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.
Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Kami sahabat!!!Insyaallah....
Aku (berbaju putih) Hasif (tengah) n Amir (berbaju kuning) ~

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.
Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?
Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.
Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
————————————
Apabila aku baca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan, satu prasaan yang sukar digambarkan. Semoga Allah menempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmatNya. Insyaallah.....Tanpa rahmat dari Allah, tiada siapa pun layak ke syurgaNya.
Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
Wallahuaklam ~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...