Wednesday, December 8, 2010

kisah antara 2 sahabat... (episod satu)

mulanya sy tak kenal rapat ngan awk..
sy cume knl awk slps awak masuk klas sye..
tp tak tau hati budi awk..
lepas tu, kita mula bersahabat....
setelah sy mula rapat & kenal hati budi awk,
sy rase hepy sgt jadi kwn awk..
awk baik..baik sangat !
walaupun sy ade dgr suare2 sumbang sal awk,
sy tak kesah..sbb sy tau sape awk..
walaupun kite kenal tak lame,
tapi sy rase cam da lame kenal awk..
awk wt sy syek t'senyum n ketawa..awk funny !
walaupun dgn b'msg or b'chatting,
awk da boleh wt sy ketawa n senyum sorg2..
sampai kdg2 family sy pon heran tgk saye !
hepy bile igt kenangan2 b'kwn ngan awk..
sy senang b'kwn ngan awk sbb awk sporting sangat2 !
kdg2, awk jd penawar duka lam idop saye tau..
n disebabkan kite rapat,org igt kite ade sumting specia padahal kita nie sejenis..
kite cume teman..
teman tapi mesra..

setelah sekian lame kite b'kwn,
tibe2 awk berubah..
awk da jarang balas msg sy..
awk dah jarang on9 ngan saye...
tp knp?? sy ade wat salah ngan awk ke??
kalo ade, sy mintak maap sgt2..
sy t'tny2 knp awk da berubah..

rupe2nye awk da ade sumone more special..
awk da lupe sy sebagai kwn awk ea..??
kwn yg selalu awk share masalah..
mungkin c dia lebih baik..
sy faham..sy terima jika tu pilihan awk..
tp sy tak nak putus sahabat ngan awk..
kalo bleh sy nk jd kwn awk sampai bile2..

betul ckp org..
bersahabat x selalunya membahagiakan...
so sy doakan awk bahagia ngan c dia.. :)

tp sejak dari tu,tiade lagi org yg leh wt sy t'senyum n ketawa..
sejak awk tiada,kotak ketawa sy da rosak..
sy da xleh ketawa lagi...... :|

sy tetap m'doakan kebahagian awk n dia..
itulah sebaik baiknye...

-ku hanya meminta dtabahkan hati-

(nntikan sambungan kisah ini).....

Monday, December 6, 2010

Program Bakti Siswa IPG Kampus Sultan Mizan...


Alhamdulillah....Bru2  ini ana dan rakan2 ana telah diberikan kesempatan oleh pihak HEP IPG Kampus Sultan Mizan untuk memghadiri satu program anak angkat yang lebih dikenali sebagai Program Bakti Siswa di Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang, Terengganu Darul Iman...Program ini telah disertai oleh 60 orang pelajar  IPGKSM berserta beberapa pensyarah pengiring...Program ini julung kali diadakan oleh pihak kampus...Program ini bertujuan utk mendedeahkan para siswa dan siswi kepada kehidupan sebenar di kampung tradisional Melayu yg mgkin akan membantu mereka apabila mereka dipostingkan kelak...



Pelbagai xtiviti menarik telah dijalankan seperti bicara siswa, gotong royong dll...Sebelum ana terlupa, program ini dijalankan selama selama lebih kurang 3 hari 2 malam bermula pada 2 Disember 2010 sehingga 4 Disember 2010...Setiap rumah akan dihuni oleh 2 orang pelajar...Bagi ana, ana telah tinggal bersama dengan sahabat ana iaitu Sapix..Trime kasih Sapix sbb sudi tinggal serumah dengan ana...Kami telah terpilih untuk tinggal bersama sebuah keluarga yang sederhana kehidupannya iaitu keluarga Teh Binti Abdullah...Beliau tinggal bersama-sama dengan 3 org anaknya iaitu Rizal, Abg Li dan Rodiah....Alhamdulillah, kami diterima mereka..Mereka sanggup memberi sebuah motosikal kepada kami untuk kemudahan kami berulang-alik sepanjang kami berada disini....Trime kasih kami ucapkan...

Walaupun sepanjang kami berada disana hujan turun yang ada  kalanya lebat, hal itu tidak mematahkan semanagt kami untuk menyertai xtiviti di sana..Kampung ini adalah kg contoh kerana telah memenangi pelbagai AWARD drp kerajaan negeri mahupun persekutuan...Award yg terkini ialah Naib Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010...Kg ini juga ada keistimewaannya iaitu disinilah tanah tempat tumpah darah wakil rakyat DUN Alor Limbat iaitu YB Alias Bin Abdullah...Kalau ana nak ceritakan pengalaaman ana dan rakan2 sampai esok pun x abis..Bagi memudahkan antum semua mengetahui apa yang berlaku di sana, ana akan lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan antum semua...












Penyerahan kepada keluarga angkat....


Cik Mat, Penghulu Mukim, Yb Alias, Cik Rahim dan Pengerusi Jkkk........

Ana n Sapix...


Kumpulan ana menang dlm acara sukaneka beragam...




Ahli kumpulan ana....



Siswa bergotong-royong membersihkan taman....




Berada dii atas jambatan gantung...



Syoknye ronda2 naik moto sambil mandi hujan...




Sedih @ gatal mata???



Kami sblm majlis penutup.....



bersama-sama YB Alias Bin Abdullah...






Bergambar di depan logo 1 Malaysia gergasi...



Aina, Mus, Zahra n Munie turut serta....




Bergambar di hadapan pintu gerbang....


Antara siswa yg menjayakan program...





Semoga berjumpa di lain masa....
Wallahukalam.....

Saturday, November 27, 2010

Merpati 2 Sejoli

      Ikatan perkahwinan atau pernikahan menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah S.W.T. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
   






     Bila bercakap mengenai nikah, ana terasa ingin berkongsi penngalaman terlibat dengan satu majlis perkahwinan antara sepupu ana (Nani) dengan suaminya (Saufi). Majlis ini diadakan dengan cukup meriah. Seekor lembu n seekor kerbau telah ditumbangkan pada malamnya. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan seperti Nasi Minyak n Nasi Putih biasa berlaukkan daging lembu gulai, kerbau gulai, ikan baung masak tempoyak, ikan aye (ikan tongkol) masak asam pedas, acar timun, bubur kacang, cendol dan air sirap. Kesemua makanan tersebut habis...Alhamdulillah...Tidaklah membazir...






     Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Kg Merbau Patah Kuala Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh keluarga n sanak saudara kedua-dua mempelai. Majlis akad nikah dimulakan pada jam 10 pagi setelah ketibaan kedua-dua mempelai. Dengan sekali lafaz sahaja kedua-dua mempelai sah menjadi suami isteri dengan bersaksikan semua yang hadir.


     Kenduri ataupun walimatulurus diadakan selepas majlis akad nikah selesai dijalankan. Dianggarkan seramai 2000 hadirin telah hadir di dalam majlis tersebut. Antara kenamaan yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini iaitu Dun Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Yang Berhormat Haji Abdul Wahid Bin Endut. 




Di sini ana akan lampirkan beberapa keping lagi gambar untuk tatapan anta semua.....







Ana memegang kepala kerbau yang ditumbangkan...





Selesai akad nikah..





Pengantin lelaki mamakaikan gelang tangan...




Ayah ana sebagai saksi.......




Pelamin...




Ana join menyiang (memotong daging) pada malam sebelumya.....





Robongan pengantin lelaki sampai...






Ana menggaul ayam dengan kuah masak merah....





Soufi n Nani ~ <3




Antara tetamu yg memeriahkan majlis...




Hidangan untuk makan beradab...





Pelayan....




Minum cendol bersama adik slps selesai cuci pinggan...





Gerai cendol...




Sekian~~~


Tuesday, November 23, 2010

Persahabatan

     Persahabatan merupakan satu perkara yang penting di dlam kehidupan makhluk Allah yang bernama manusia. Ana pasti anta semua mempunyai sekurang-kurangnya kawan jika tidak mempunyai sahabat. Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Hal ini demikian kerana manusia dicipta dan dilahirkan untuk bersosial dan berkomunikasi sesama manusia selain mematuhi perintah Allah S.W.T. Jika sahabat tiada disisi tentu kita rasa bosan dan kesunyian bukan. Itulah yang ana rasakan sekarang. Selepas cuti semester bermula 17 November 2010 yang lalu, ana selalu teringatkan sahabat2 ana yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan bersama keluarga. Sebab inilah ana menulis mengenai persahabatan ditengah kesunyian tengah malam ini.




     Sahabat yang baik selalunya boleh menyimpan rahsia sahabatnya. Ini bermakna sahabatlah yang akan meminjamkan bahunya untuk kita letakkan kepala kita dikala kita sedih dan telinganya untuk mendengar masalah dan luahan hati kita. Sahabat yang baik akan menasihati kita dengan perkara-perkara yang baik dan selaras dengan ajaran Islam. Sahabat sejati juga akan sentiasa berada disamping kita sama ada ketika kita gembira mahupun menangis. Ini adalah merupakan tanda bahawa sahabat kita itu merupakan sahabat yang bersahabat dengan kita bukan kerana apa yang ada pada diri kita tetapi dia bersahabat dengan kita kerana Allah dan dia ikhlas untuk menjadi sahabat kita. Sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita akan selalu ingin mendapat maklumat mengenai sahabatnya ketika berjauhan. Ana juga mengalami perkara yang sama. Kita kan selalu teringatkan dia (sama macam kita teringatkan orang yang tersayang). 




     Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka  padanya (bukan sahaja dalam erti kata cinta) maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahkan sebuah erti persahabatan. Kadangkala salah faham yang kecil juga akan menimbulkan masalah kepada sesuatu hubungan persahabatan. Lebih parah lagi jika perasaan ini tidak diluahkan kepada sahabatnya. 








     Contoh yang saya leh kongsikan ialah 0n9 dalam FaceBook. tentu anda tertanya-tanya apa isunya, bukan????? Ade satu kes dimana seorang sahabat yang terasa hati dengan tindakan sahabatnya "mengofflinekan" fbnya apabila sahabatnya ini "mengonlinekan" fbnya dan ada kalanya si sahabat ini mengofflinekan fbnya hanye kepada sahabatnya. Hal ini diketahui apabila dia pergi ke bilik sahabatnya dan mendapati sahabatnya online. Perkara ini bukan berlaku sekali, tetapi berkali-kali. Si sahabatnya tertanya-tanya adakah dia ada melakukan kesilapan terhadap sahabatnya??? Adakah sahabatnya sudah tidak menyukainya??? Perkara ini bermain dimindanya. Bagi ana perkara ini boleh diselesaikan sekiranya 2 sahabat ini buat "slow talk" (perkataan inilah yg slalu digunakan oeh kawan ana iaitu Yana n Afaten ketika ana meminta pandangan mereka). 




      Malangnya, dia enggan kerana takut dan tidak mahu sahabatnya berfikiran serong terhadapnya. Sehingga kini masalah tersebut masih belum selesai. Kita tinggalkan kisah ini. Kita beralih kepada topik asal kita.  Sahabat yang sejati tidak akan menggunakan atau mempergunakan sahabatnya untuk kepentingan diri. Dia tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan yang ada pada diri sahabatnya. 


      Bukannya mudah untuk mencari sahabat yang sejati yang sanggup berada disamping kita dikala suka mahupun duka. Ana turut melampirkan satu sajak untuk sahabatku yang kini berada di samping keluarga tercinta (x perlulah ana sebutkan namanya). Bagi semua yang membaca blog ana ini, jadikanlah hasil penulisan ana yang tidak seberapa ini sebagai satu panduan yang mampu menjadikan anda seorang sahabat yang sejati. Insyaallah...



Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...

Ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala

Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah...
Ertinya persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa

Bersamalah teman
Kita hargai
Mahkota suci
Bersamalah teman
Kita harungi
Istana erti persahabatan



Wallahuaklam......

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah Bersamaan 17.11.2010

     Alhamdulillah...Aidiladha datang lagi..Ana bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada ana untuk menyambutnye sekali lagi tahun ini..Alahamdulillah...Sambutan raya tahun nie kurang meriah kerana tidak ramai ahli keluarga yang menyertai ibadah korban seperti selalu..Tahun ini hanya ayah n adik ana saja yang menyertai ibadah sunat ini..Tetapi ana dan keluarga tetap menyambutnye dalam kesyukuran...

    Majlis ini dijalankan berhampiran rumah ana...Alahmdulillah semuanya berjalan lancar...Disini ana ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua...


Debaran di malam raya...


Antara lembu yang akan dikorbankan...


Menunggu giliran...


Pembahagian daging kepda 7 bahagian....


Antara lembu yg ditumbangkan...


Kerja-kerja melapah...


"Bila la giliran ana nak sampai nie...???"


Lembu2 yg akan dikorbankan..


Kanak2ayik meyaksikan aktiviti melapah daging lembu...


Sebahagian lembu yg tinggal...


Lapah daging....


Sebahagian drp daging korban...


Perut lembu..Buat sup pun sodap..


Selamat Hari Raya Aidiladha...
Maaf Zahir n Batin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...